Reflection 3

Gunakan 5 langkah penilaian yang telah dibincangkan sebagai garis panduan untuk merancang penilaian produk yang akan/sedang anda hasilkan.

LANGKAH 1

Produk yang sedang saya hasilkan adalah sebuah blog dan ia adalah produk sedia ada (adopt) kerana saya menggunakan platform WordPress. WordPress adalah sebuah CMS yang boleh diakses dengan mudah kerana saya hanya perlu mendaftar akaun WordPress menggunakan alamat email dan saya boleh terus menggunakan kemudahan yang disediakan untuk pengguna di bawah pakej percuma.

LANGKAH 2

Soalan utama yang perlu saya utarakan ketika menilai produk ialah; Bagaimana blog ET ini boleh ditambah baik?

Pada pandangan saya, soalan ini adalah mustahak kerana ia menjadi satu penanda aras mengenai gaya penyampaian sesuatu isi kandungan di dalam blog supaya ia relevan, ringkas tetapi padat sekaligus memastikan perkongsian ilmu pengetahuan dapat berlaku.

LANGKAH 3

Justeru, terdapat tiga kaedah yang saya gunakan untuk mencari maklumat tentang aspek-aspek yang perlu diberi penekanan supaya blog ET dapat ditambah baik iaitu;

  • Data analisis interaksi
  • Temubual
  • Semakan pakar

LANGKAH 4

Untuk pengumpulan data, saya menggunakan kaedah triangulasi bagi mencari konsistensi dan pengesahan maklumat antara satu kaedah dengan kaedah yang lain. Melalui cara ini, saya dapat membuat kesimpulan yang tepat mengenai aspek-aspek yang perlu ditambaik baik.

Bagi kaedah data analisis interaksi, ia adalah respon yang diberikan oleh pembaca blog. Respon yang diberikan adalah melalui komen yang dihantar pada sesuatu post di dalam blog.

Bagi menguatkan maklumat yang dikumpul melalui data analisis interaksi, saya menggunakan juga kaedah temubual. Melalui kaedah ini, saya menemu bual rakan sekelas yang telah meninggalkan komen di dalam blog saya sambil menunjukkan blog saya kepada mereka. Saya akan meminta pendapat mereka dengan lebih mendalam mengenai komen yang diberikan mencakupi aspek-aspek di dalam blog yang saya dapat perbaiki seperti isi kandungan, pemilihan gambar, penggunaan gaya bahasa dan juga antara muka (interface) blog. Melalui cara ini, saya dapat mengumpul maklumat secara langsung dan maklumat yang diperoleh adalah lebih tepat dan tidak mengelirukan (ambiguous).

Bagi semakan pakar, blog saya akan disemak oleh pakar yang mana di dalam konteks ini adalah pensyarah subjek. Melalui semakan yang dijalankan, pakar akan memberikan komen di dalam blog saya mengenai isi kandungan blog yang relevan dan aspek teknikal seperti kedudukan posts dan pages yang strategik dan mudah diakses. 

Triangulasi kemudian digunakan apabila saya membandingkan komen yang diterima melalui data analisis interaksi, respon daripada temubual dan komen daripada semakan pakar dan melihat sebarang kesamaan maklumat.

LANGKAH 5

Langkah terakhir di dalam penilaian ialah untuk melaporkan dapatan dalam masa yang diperlukan bagi membuat keputusan.

Untuk data analisis interaksi, salah satu komen yang dihantar adalah mengenai post saya berkaitan Instructional Design. Komen tersebut mencadangkan saya untuk membuat kategori bagi setiap maklumat di dalam post. Di dalam sesi temu bual, beliau berpendapat bahawa post tersebut terlalu panjang dan wordy justeru, dengan membuat kategori dapat memudahkan pembaca memahami isi kandungan dengan baik. Berdasarkan komen yang diberikan, saya telah mengelaskan setiap ID Model dengan menggunakan gambar kerangka setiap ID Model.

Satu lagi komen yang diberikan adalah pada post Reflection 1. Komen tersebut mencadangkan saya untuk meletakkan gambar pada post berkenaan. Di dalam sesi temu bual, beliau berpendapat bahawa dengan meletakkan gambar dapat menjadikan penyampaian maklumat lebih menarik dan mudah diingati oleh pembaca.
Berdasarkan komen yang diberikan, saya meletakkan beberapa gambar berkaitan ID Model yang relevan.

Bagi semakan pakar, pakar telah menghantar satu komen pada post di dalam ruangan Home. Beliau menyatakan bahawa post berkenaan tidak relevan dengan isi kandungan blog, maka beliau mencadangkan supaya post tersebut ditukar kepada post yang lebih signifikan. Berdasarkan komen yang diberikan, saya telah membuang post berkenaan dan menggantikan dengan post berkaitan link untuk setiap refleksi yang ditulis.

Leave a comment